BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

love story of Love Lavendar

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Life, Love & Everything Love Lavendar

Monday, December 28, 2009

Wedding Story ~ Setahun Usianya.

'Happy anniversary engagement'

28 Disember 2009,
Maka genaplah usia pertunangan saya dan En B setahun.
Sekejap je rasanya.
Cepat benar masa berlalu.

Teringat pada 28 Disember 2008.
Tepat jam 3, saya sudah berjaya memegang gelaran tunang.
Ketika itu, perasaan saya bermacam2.

Benar cakap orang,
Dugaan orang bertunang ni memang berat.
Saya sendiri sudah lalui.
Macam2 yang telah terjadi sepanjang tempoh itu.
Syukurlah, hubungan itu masih teguh.

Patut ke say 'happy anniversary engagement'??
Macam kelakar je.
Tapi itulah yang saya buat pagi tadi.
Siap wish lagi kat En B.
Hua3.....

Setahun menyusuri alam pertunangan.
Pelbagai kisah suka, duka ada didalamnya.
Tahun 2009, benar2 menguji kekuatan kami.
Yang pastinya, 2009 banyak memberi ujian.
Kalau hati tak kuat, pasti saya sudah rebah.

Begitulah ragam orang bertunang kan.....

Sunday, December 27, 2009

Wedding Story ~ Rempah Ratus Hal Kawin.

Tak kira nak update jugak...
Bila saya menjengah blog2 yang ade dalam list blog saya ni, hampir kesemua sudah selamat diijabkabulkan.
Alhamdulillah, sampai jugak hubungan itu ke jinjang katil. :-p

Dan terasa masa terlalu cepat.
Pasti selepas ini giliran saya bakal menyusul tiba.
Perkiraan saya, saya hanya punyai 6 bulan saja lagi.
So, sudah dapat perkiraan bila majlis saya berlangsung??
Sekarang ni saya gigih memenuhi undangan perkahwinan.
Melabur bak kata orang. hehehe.
Tapi saya tak harap apa2 ye..

Saya rasa 6 bulan tu lama je lagi.
So, saya taknak buat persiapan awal2.
Cuma sekarang saya tengah survey pakej kawin.
Theme semua saya dah decide.

Start next month, baru saya akan mulakan.
Mungkin akan mengecat bilik dulu.
Pastu g survey kain untuk baju nikah.
Tailor saya tak tahu nak buat kat mana.
Kena survey jugak benda tu.

Tup3 kejap je nak masuk 2010.
Terasa macam bermimpi je.
Rasa banyak lagi yang saya belum capai.
Rasa yang benda yang saya rugi.
Tapi apa boleh buat.
Masa tidak boleh berundur walaupun sesaat!

So, lepas ni, cuti saya amat bermakna.
Saya tidak akan biarkan ada ruang kosong pun.
Saya akan manfaatkan setiap masa saya
Bulan ni ada jugaklah progress.
Saya dah angkut barang2 saya kat bilik sebelah.
Bilik saya ni, saya nak kosongkan sebab saya nak cat bilik ni.
Cuma tinggal katil dan almari je.
So, senanglah kerja saya nanti.

Saya ingat nak buat bunga pahar dan bunga dulang sendiri.
Itupun kalau percubaan saya menjadi.
So, next month saya akan beli bahan mentah untuk buat bunga pahar.
Try wat sikit dulu, kalau hasilnya menawan, saya akan teruskan.
Bak kata orang 'DIY'.
So, saya kan BUAT.
Hasilnya, tunggu saja nanti yer.

Apa lagi yer??
Buntu pula rasanya.
Setakat ni, itu saja yang saya boleh fikir.
Lainkali saya sambung lagi.

Saturday, December 26, 2009

Wedding Story ~ Kursus Kawin on 19hb n 20hb Dec 2009.

Update terkini.
Alhamdulillah, saya dan En B telah selamat berkursus.
Lega rasanya setelah 2 kali tertangguh.

Agak lama tidak update.
Saya jadi tak tahu nak mulakan bagaimana,
sedangkan banyak cerita yang saya nak update.

Kesimpulannya, kursus kawin ni taklah membosankan.
Saya dan En B agak bertuah memilih tarikh ni.
Nak tahu kenapa??
Sebab kursus hanya 1 1/2 hari je.
Bertuah tak??
Pada hari sabtu kursus bermula pada jam 8 pg dan berakhir pada 6.30 ptg.
Pada ahadnya mula bermula pada jam 8 pg dan berakhir jam 11 pg.
Sebabnya, ketiadaan bekalan elektrik da....hehehe.

Bagus jugak kursus itu habis awal.
Kebetulan birthday saya jatuh pada hari ahad.
So, En B bawa saya bersiar2..hak3...
Takda ke mana pun sebenarnya.
Makan2..tengok wayang je..
Tetiba En B offer ajak g shopping.
Jeng...jeng..jeng...agak kaget disitu.
Maklumlah, saya tak harap apa2 pun dari En B.
En B ada disisi saya pun sudah cukup bahagia wat saya.
Baik tak saya?? huk3..perasan.

Serius, saya tak harapkan apa2 suprise pun.
Eh! napa saya cerita pasal birthday saya plak ni??
Tersasar sudah.
Berbalik pada topik kursus tadi.
Secara purata, penceramah sangat best.
Tidak membosankan cuma ada 1 topik tu penceramah agak bosan sedikit.
Mujur cuma 1 jam saja masa yang diambil.
Hak3....

Apa lagi yang saya nak update ye??
Apa?? date kawin??
Huhuhu...nak jadi rahsia lagi boleh tak?
:-p bulan dah ada, cuma tarikh masih jadi saringan.
So, jadi secret dulu dalam otak saya ini ye....jangan marah.

So, tunggu sajalah yer....... :-p


Update!!

Salam pembuka bicara.
Fuh...fuh..fuh..bersawang sudah blog ini.
Agak lama dibiarkan oleh empunya diri.
Bukan sengaja menyepikan diri.
Tetapi ke'busy'an dan ketidakadaan internet buat saya sepi.
Jika ada yang tertunggu2 berita dari saya, maaflah sekian lama agak menyepi.
Agak2 ada ke yang ternanti2 blog ini?? :-p

Mana yang dah selamat diijabkabulkan tu,
Saya nak wish selamat pengantin baru lah.
Lama jugak saya tak update blog ni.
Saya dah jadi out of date nampaknya. hehehe.

Agak2 apa perkembangan baru saya ye??
Ada yang nak tahu ker??

Nantikan di lain episod.... :-p

Saturday, October 31, 2009

My Self : Hari Terakhir.

Today, it's last day. huhuhu.
Ada saya rasa sedih ker??
Sikit pun takda.
Ops! apa kejadahnya saya nak rasa sedih??
Saya hanya mampu bertahan selama 9 bulan saja.
Teringat masa mula2 saya bekerja disini.
Hai...saya ingatkan staff office ramai sangat macam tempat lama.
Cis! tipah tertipu rupanya.

Ada jugak company nak kata besar, takla besar sangat.
Nak kata kecik, taklah kecik sangat.
Kerja bertimbun tapi staff office 2 orang je??
Sila bayangkan...
Sudah tu, nak handle 2 company....kui3...

Mula2 masuk manalah saya tau pape2 kan.
Ada ke patut suruh saya issued bil.
Dahlah saya tak tahu pape pasal barang.
Pastu dah salah, marah2 saya mula.
Rasa mahu nangis saja time tu.
Sudahlah tiada orentasi pasal profile company.
Saya rasa saya banyak belajar sendiri.
System pun saya explore sendiri.
Pandai tak saya? Ngeh...ngeh..ngeh... :-p

Sepanjang saya bekerja kat sini.
Sikit pun saya tak rasa enjoy.
Sebab itu sikit pun saya tak rasa sedih tinggalkan tempat ni.
Lagi happy adalah.
Sebab saya rasa tak sabar nak mula tempat baru.
Saya tak amik cuti lama pun.
Terus saja kerja.
Lagipun, sekarang ni saya sedang gigih memenuhi target.

Saya tak kesah pun.
Janji saya dapat capai target.
Saya akan buktikan pada En B saya jugak mampu buat apa yang dia buat.
Ops! nanti saya cerita ok..
Ada benda yang saya rasa agak tersentap.
Sambung nanti ok.....

Friday, October 30, 2009

My Self : Hari2 Terakhir Rezekiku Disini.

Owh! next week saya akan memulakan kerja di tempat baru.
Bagaimanakah suasananya?
Mujur ada 2 3 orang yang saya kenali di sana.
Kali ini penghijrahan saya tidak tahu berapa lama disitu.
Harapnya mampu bertahan.

Saya harapkan saya serasi kerja disitu.
Saya harap saya boleh beri yang terbaik.
Kali ini saya beralih arah ke department lain pula.
Memang berbeza dari kerja dulu dan sekarang ini.

Kemungkinan selepas ini saya akan jarang update blog ini.
Insya-allah, jika punyai masa saya akan update cerita yang terbaru.
Saya tahu masih ada hutang saya dengan pembaca semua.
Iaitu tarikh perkahwinan saya dan En B.

Dari dulu lagi saya tidak mahu memberi apa yang tak pasti.
Dengan itu saya berhasrat, biarlah keputusan muktamad diputuskan.
Barulah ia dihebahkan.
Jangan risau,pasti saya akan ambil masa untuk meng'update' blog ini.

Thursday, October 29, 2009

Wedding Story : Pilihan Secara Rawak.

Secara pantas saya telah membuat list hantaran.

Mengikut kiraan saya, saya hanya mahu membuat 9 dulang berbalas 11 dulang. Sebab jika terlalu banyak cost men'deko' akan menjadi tinggi. (fuh! agak kedekut saya ni). Dan kemungkinan besar saya akan buat 2 in 1 atau lebih dasyat lagi 3 in 1. Ngeh..ngeh..ngeh. Operasi penjimatan disitu. Dan selepas ini, pasti ada pesta survey barang akan berlangsung. Yeah...tak sabarnya. Ingat! operasi pembelian hanya akan dibuat selepas tarikh majlis ditetapkan.

Jom kita membajetkan diri untuk hantaran. (hancus bahasa melayu aku!)

Hantaran saya kepada En B :- (Saya kena lebih 2 dulang dari En B)

  1. Sireh Junjung a.k.a Sireh Menanti.
  2. Bunga Rampai.
  3. Kasut + Stokin.
  4. Set Baju + Seluar + Tie (untuk baju kerja) / Set T-shirt + Jeans (baju santai).
  5. Set Wallet + Belt + Perfume.
  6. Sejadah + Kain Pelikat + Songkok.
  7. Tuala + Set Shower.
  8. Cincin.
  9. Coklat.
  10. Buah2an.
  11. ??? Manisan agaknya.

Hantaran En B kepada saya :-

  1. Sireh Junjung.
  2. Bunga Rampai.
  3. Mas Kahwin + Batal air Sembahyang.
  4. Kasut + Handbag.
  5. Telekung + Sejadah.
  6. Kain + Tudung.
  7. Tuala + Shower Set.
  8. Perfume + Make up .
  9. Coklat.
  10. Buah2an.

Alamak! En B punya sudah terlebih satu. Gi mana nih?? Kena mixed salah satu ni. Itu nanti saya fikirkan balik. Make up tu nak jugak ker? Ke tuala dengan set shower tu mix kan dengan perfume dengan make up?? Tapi nanti nampak sarat pula kan. Tak pun, bunga rampai tu mix kan dengan mas kahwin dengan batal air sembahyang tu. Boleh jugak cengkini. Kui3....

Ke kamu semua ada idea? Bolehlah komen. Lepas ni leh g survey barang pastu decide theme color then upacara menipiskan duit. Kui3..... macamlah tebal sangat duit kamu ni love..... berangan saja lebih. Berangan tu kan elok. Sebab leh jadi pembakar semangat untuk kita capai sesuatu. Yeah! Love Boleh!!! Fizzah's Boleh!!